ZAZA

Selasa, 8 Jun 2010

Adab Minum

Minum ada persamaan dengan makan,tetapi minum lebih penting bagi manusia berbanding makan.Minum bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah swt yang bermaksud: " Selain dari itu kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan(sebagai hujan),atau Kami yang menurunkkannya ?Kalau Kami kehendaki,Kami akan jadikan dia masin;maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (al-Waaqi'ah:68-70)

Antara adabnya ialah:
  • a) membaca Bismillah sebelum minum dan menyebut Alhamdulillah selepas minum
  • b) memegang gelas dan minum menggunakan tangan kanan.
  • c) Disunatkan minum dalam keadaan duduk kerana cara ini paling afdal untuk kesihatan dan
  • lebih beradab
  • d) Menghirup air sedikit demi sedikit bukan meneguk sekaligus.

Pesanan:Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari