ZAZA

Ahad, 24 Jun 2012

Tanah Suci

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dengan famili besar saya telah menunaikan Umrah. Ini merupakan pengalaman baru buat saya. Saya sangat bersyukur kerana diizinkan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci iaitu tempat yang ingin di pergi oleh seluruh umat ISLAM di serata dunia. Banyak yang saya pelajari ketika berada di Tanah Suci..Pelbagai rintangan yang terpaksa saya dan keluarga tempuh untuk menunaikan Umrah dan Alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Banyak pengajaran yang dapat saya ambil daripada kejadian-kejadian yang berlaku..Namun, ini merupakan kenangan yang sangat manis buat saya dan keluarga yang mungkin tidak dapat dilupakan. Saya berharap, saya dan keluarga dapat menjejakkan lagi kaki ke Tanah Suci pada tahun akan datang.