ZAZA

Sabtu, 17 September 2011

Bengang – Akim

Bengang – Akim

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Chorus:

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

(ulang chorus)

Letih hatiku di saat pilu
Letih hatiku teringat janji
Ooo caramu
Agar ku teruskan hidupku
Oo tak perlu

(ulang chorus)

Buatmu Ibu - Aeman

Buatmu Ibu - Aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Khamis, 8 September 2011

SOMALIA !!!

Assalamualaikum...
kejadian yang menimpa Somalia adalah disebabkan oleh mereka sendiri. Mereka semua bergaduh sesama sendiri hanya kerana ingin merebut kuasa ( fakta drpd cikgu ). Disebabkan itulah kebajikan rakyat mereka tidak terjaga...kanak-kanak ramai yang sakit , kelaparan dan sebagainya. Kita semua seharusnya bersatu padu sekiranya kita hendak negara kita aman dan damai. Bersatu padulah demi keamanan dan kesejahteraan negara kita..