ZAZA

Ahad, 24 Jun 2012

Tanah Suci

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dengan famili besar saya telah menunaikan Umrah. Ini merupakan pengalaman baru buat saya. Saya sangat bersyukur kerana diizinkan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci iaitu tempat yang ingin di pergi oleh seluruh umat ISLAM di serata dunia. Banyak yang saya pelajari ketika berada di Tanah Suci..Pelbagai rintangan yang terpaksa saya dan keluarga tempuh untuk menunaikan Umrah dan Alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Banyak pengajaran yang dapat saya ambil daripada kejadian-kejadian yang berlaku..Namun, ini merupakan kenangan yang sangat manis buat saya dan keluarga yang mungkin tidak dapat dilupakan. Saya berharap, saya dan keluarga dapat menjejakkan lagi kaki ke Tanah Suci pada tahun akan datang.



Sabtu, 4 Februari 2012

Motivasi Pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6

Assalamualaikum..
        Pada 3 Februari 2012, sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor telah mengadakan motivasi selama 2 hari 1 malam bersama dengan ATEH..Beliau dengan para fasilitator yang lain telah banyak mengajar saya dan kawan-kawan cara untuk mengubah diri dan mencapai impian kami. Motivasi yang saya ikut ini memang lain dari yang lain..motivasi yang lain just BIASE-BIASE jer..tapi motivasi yang ATEH beri memang LUAR BIASA..!!!! Banyak perkara baru yang saya belajar daripada motivasi ini.. Terasa ingin berjumpa dengan ATEH lagi...Walaupun semasa motivasi itu berlangsung saya demam...saya tetap bersemangat kerana kawan-kawan saya banyak menyokong dan memberi semangat kepada saya..